CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, January 14, 2009

Diariku (Pend. Sivik)

Jan 2009
14 Januari

Hari ini aku diberi tugas oleh guru pendidikan sivik untuk menulis tentang potensi diriku dan langkah-langkah untuk mengembangkan potensi diriku itu. Aku berasa sangat gembira kerana dapat mengenal pasti potensi diriku melalui Internet. Pada mulanya, ibuku memberi peluang untukku mencuba dalam kelas melukis setelah membaca brosur yang diedarkan. Setelah mencuba, aku lebih cenderung dalam seni lukis. Aku menyertai pertandingan yang dianjurkan dan pernah memenangi johan di dalam dan di luar sekolah. Keluargaku sedar akan bakat dan kebolehan yang aku miliki. Setiap hari, aku berlatih melukis gambar-gambar yang berbeza. Ibu, ayah dan adik beradikku memuji kebolehan dan bakatku. Aku bertekad untuk mengembangkan bakatku supaya dapat berjaya dalam kehidupanku pada masa depan.

1 comments:

Anonymous said...

clapz!!! good job..haha